Your Ad Here









norashburn
Female
NORISAH A BAKAR
nor_burn@yahoo.com.sg



<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31






Takdir (2004)
terbitan Pustaka Nasional Singapura
Anugerah Penghargaan- Sayembara Novel Watan 2




Rinduku Di Angin Lalu (2005)
terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)





Hati Seorang Wanita (2007)
terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
Novel Terbaik CESB 2007 (No. 2)





Kasih Antara Kita (2008)
terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
Photobucket




KERANA KAU ( 2011 ) terbitan Pustaka Islamiyah Sdn Bhd
KAU

PENERBIT : PUSTAKA ISLAMIYAH SDN


TAJUK NOVEL : KERANA KAU

PENERBIT : PUSTAKA ISLAMIYAH SDN BHD




BERSAHABAT  BAGAIKAN ISI DENGAN KUKU.  APABILA MELIBATKAN CINTA, HARUS ADA YANG TIDAK JUJUR.

Begitulah keadaan Farisa dan Norin yang bersahabat baik sejak di bangku sekolah menengah lagi.  Kerana ingin mendapatkan cinta Haziq, tega Norin membohongi Farisa dengan mengaku dirinya sebagai kekasih Haziq.  Farisa mengalah dan ikhlaskan hati untuk kebahagiaan Norin.  Namun setelah mendapat tahu yang Farisa sudah dilamar Haziq menjadi isteri, Norin terus berdendam dan memusuhi Farisa.  Dijajanya keaiban Farisa kepada orang lain. 

Apakah rahsia yang disimpan Farisa yang mengaibkan dirinya?  Mampukah Farisa memaafkan Norin dan menerima semula dirinya sebagai sahabat?

Bagaimanakah kesudahan kisah mereka?

                         ~~~~~~~~~~~~








***YANG DEKAT DI HATI***
  • Wabbit

  • Anis Ayuni

  • Mersik

  • Najwa Aiman

  • Lia

  • Noor Suraya

  • Wan Amalyn

  • Sarida Hamid

  • Novel Adhan

  • Meen Zulaikha

  • Antubuku

  • Izzul Izzati

  • KakmOn

  • Iejay

  • Frayed

  • Ezad Ahmad

  • Ruby Hazri

  • Bunga

  • Banji

  • MamaErra

  • Bikash Nur Idris

  • Ain

  • Alyze

  • Izza Aripin

  • Aleya Aneesa

  • Ieyja Faisal

  • MohamadKholid

  • Syimasyawal

  • kebayachic

  • kina

  • ct

  • athy

  • liyana

  • eedahakim

  • ulatbuku

  • Nikli

  • nursuzry

  • nacha

  • NORISAH'S SITE

  • NORASHBURN'S SHELF

  • SERENITY

  • NUTSHELL

  • JHaZKitaro



  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed

    Nov 30, 2011
    NOVEL TERBARU 2011 - KERANA KAU




    TAJUK NOVEL : KERANA KAU

    PENERBIT : PUSTAKA ISLAMIYAH SDN BHD




    BERSAHABAT  BAGAIKAN ISI DENGAN KUKU.  APABILA MELIBATKAN CINTA, HARUS ADA YANG TIDAK JUJUR.

    Begitulah keadaan Farisa dan Norin yang bersahabat baik sejak di bangku sekolah menengah lagi.  Kerana ingin mendapatkan cinta Haziq, tega Norin membohongi Farisa dengan mengaku dirinya sebagai kekasih Haziq.  Farisa mengalah dan ikhlaskan hati untuk kebahagiaan Norin.  Namun setelah mendapat tahu yang Farisa sudah dilamar Haziq menjadi isteri, Norin terus berdendam dan memusuhi Farisa.  Dijajanya keaiban Farisa kepada orang lain. 

    Apakah rahsia yang disimpan Farisa yang mengaibkan dirinya?  Mampukah Farisa memaafkan Norin dan menerima semula dirinya sebagai sahabat?

    Bagaimanakah kesudahan kisah mereka?

                             ~~~~~~~~~~~~





    Posted at 03:38 am by norashburn
    Make a comment  

    Nov 15, 2011
    SAJAK : PUPUS


                   PUPUS
                   ---------

    Kita sudah lama terpinggir
    di sudut terpencil
    tersingkir dan tidak dikenali

    Siapalah kita?
    penting bagaimanakah kita?
    siapa yang peduli?

    Apabila kita berdiam diri
    apabila kita rela dikuasai
    relakah kita digelar pengecut?
    relakah kita dituduh penakut?
    relakah kita dikatakan dayus?

    Kerana kita hanya berani bersuara
    di balik tabir-tabir yang tertutup
    kerana kita hanya pandai merungut
    dalam diam

    Maka tidak hairanlah nanti
    jika kewujudan kita tidak diketahui lagi
    Sejarah telah melupakan kita


    ~ Norisah A Bakar~
         10. 7. 2011
    Berita Minggu ( Singapura )

    Posted at 03:57 pm by norashburn
    Make a comment  

    Aug 23, 2008
    REVIEW HATI SEORANG WANITA OLEH EM MUHAMMAD (OD)




    Ringkasan novel:

    Hati Nur Asyidah terluka. Rumahtangga ayah dan ibunya hancur. Ayahnya berkahwin lain. Begitu juga dengan ibunya yang mengikut suami baru berhijrah ke Australia. Bagi Nur Asyidah, ayah dan ibunya terlalu mengikut perasaan mereka tanpa memikirkan tentang dirinya. Akhirnya, Nur Asyidah mula memberontak. Dia menjadi liar.

    Ibu tirinya mengambil kesempatan ke atas tingkah-laku Nur Asyidah lalu timbullah fitnah. Nur Asyidah dihukum oleh ayahnya walaupun dia tidak bersalah. Akibatnya, pelajarannya terbengkalai. Dia dicampakkan ke kampung yang serba kekurangan dan tinggal bersama neneknya yang daif.

    Hanya setelah neneknya meninggal, ayah mengambil Nur Asyidah semula. Semasa itu, hati Nurasyidah sudah marah. Sudah berdendam.

    Namun begitu, hati seorang wanita sentiasa berubah. Begitu juga dengan hati Nur Asyidah. Perlahan-lahan, dendamnya hilang. Perlahan-lahan, marahnya padam. Akhirnya, dia menerima takdir ILLAHI.

    Perubahannya itu memeningkan kepala ayahnya yang berasa bersalah dan sedang berusaha untuk memenangi hati puteri tunggalnya semula. Perubahan Nur Asyidah juga mendatangkan curiga di hati ibu tirinya yang suka menempelak tidak kira tempat dan masa. Pertemuan dengan Ikmal Razif membuatkan jiwa Nur Asyidah rindu walaupun pada mulanya kehadiran lelaki itu amat dibencinya. Rupa-rupanya, Nur Asyidah tidak bertepuk sebelah tangan. Ikmal Razif turut menyintainya. Tetapi sayang, Ikmal Razif intim dengan Norliza, kakak tiri Nur Asyidah.

    Ulasan HSW.

    Apa yang terjadi selepas itu, kenalah baca sendiri. Membaca seterusnya, OD dapat melihat pembalasan yang diterima oleh orang-orang yang menganiaya orang lain. Memang puas hati melihat Datin Rohani menerima padahnya. Norliza juga. Cuma Fuad saja yang nampaknya terlepas dari hukuman.

    Watak Nur Asyidah berjaya menyerlahkan watak sebenar seorang wanita. Hati yang sentiasa berubah-ubah sehingga memeningkan kepala suami, ayah dan mereka yang bergelar lelaki. NAB berjaya mempamerkan watak seorang gadis yang terluka, yang belajar dari kesalahannya sehingga dia tidak sanggup melukai hati orang lain.

    Tahniah kepada Norisah A. Bakar. Tahniah kerana membuat OD berasa bukan OD sahaja berperangai seperti Nur Asyidah. Tahniah kerana berjaya membuat OD menjiwai diri Nur Asyidah, membangkitkan kemarahan kepada Datuk Ariffin dan Datin Rohani serta keluarganya termasuklah Opah Esah yang tidak sedar diri tetapi akhirnya OD suka kat Opah Esah... ha ha ha. Tahniah kerana membuatkan OD ternampak-nampak Sumarni... huhu... seram tu. Dan tahniah kerana berjaya membuat OD menyampah dengan Ikmal Razif. Kalau cinta katakan cinta, jangan tunjuk eksyen aje... huhu... Tidak hairan mengapa HSW menjadi novel terbaik CESB dalam tahun 2007. Tahniah Nor Ash Burn. Mwah.

    Posted at 03:02 pm by norashburn
    Make a comment  

    Aug 7, 2008
    REVIEW # 4 KASIH ANTARA KITA OLEH WAN AMALYN

    kasih-antara-kita2.jpg image by redface6

    Kasih Antara Kita, kisah tentang Nur Asyikin, yang jatuh hati pada Zulkarnain teman sepejabatnya, namun rahsia hati yang disimpan erat dapat jua dihidu oleh si jejaka, lantaran hubungan yang sebelumnya baik-baik sahaja menjadi renggang. Zulkarnain mula membina jurang antara mereka dengan mengalih perhatian pada Hartinah. Nur Asyikin yang sedar diri terpaksa membenam jauh-jauh rasa hati yang mula berputik itu. Jurang itu makin jauh apabila Zulkarnain melanjutkan pelajarannya ke Australia. Sudahnya, sendirian Nur Asyikin merawat luka di hati.

     

    Walaupun secara zahirnya Nur Asyikin dapat mengaburi pandangan mata rakan-rakan yang lain, tetapi tidak pada Nizam. Nizam yang dalam diam menaruh hati pada Nur Asyikin. Dia cuba merawat luka dihati Nur Asyikin dengan menawarkan cintanya sebagai ganti. Tetapi malangnya pintu hati yang satu itu telah di'rosak'kan oleh Zulkarnain menyebabkan Nur Asyikin tidak mampu menyambut huluran kasih Nizam.

     

    Zulkarnain – seperkara yang dia pelajari, dia belajar erti rindu, erti kehilangan tatkala diri jauh beribu batu… jauh dari pandangan mata. Apabila sendirian di bumi kangaroo, dia mula sedar bahawa hatinya mula rindukan Nur Asyikin. Namun jarak antara benua tidak memungkinkan dia menzahirkan rasa hatinya pada si gadis. Apatah lagi kesan yang ditinggalkan masih lagi berparut luka.

     

    Ahmad Zakuan – dia lelaki yang tidak punyai matlamat hidup. Itulah tanggapan Nur Asyikin pada lelaki yang sukakan Nur Suraya adiknya. Sementelah pula Ahmad Zakuan seringkali bertukar-tukar kerja, mengukuhkan lagi tanggapannya. Namun ironinya, lelaki ini yang sering menghulurkan bantuan sama ada dia sedar mahupun tidak. Dan kehadirannya seringkali dalam keadaan yang tidak terjangkakan.

     

    Nur Asyikin, dia anak kedua daripada empat beradik perempuan yang lahir dan dibesarkan dalam kalangan masyarakat melayu singapura yang rata-rata kehidupan mereka 'seadanya' sahaja. Walau bagaimanapun tidak pada ibunya yang memandang 'material' sebagai pengukur status. Si ibu bertambah 'megah' apabila anak kesayangannya bertemu jodoh dengan 'orang kaya' yang dia harapkan dapat menumpang senang… hidup bak 'orang kaya'. Karenah ibu membuatkan hidup Nur Asyikin sering tidak tenang. Apatah lagi kerap berlaku perselisihan faham antara si ayah dan si ibu. Akibatnya si ayah yang sering menjadi mangsa keadaan, yang terpaksa mengerah keringat hanya untuk membayar hutang yang dibebankan di atas pundaknya. Yang akhirnya membuatkan si ayah tewas dan meninggal dunia.

     

    Nur Asyikin juga terpaksa berdepan dengan karenah si kakak – Nur Amira dan adiknya Nur Suraya yang terlalu dimanjakan oleh si ibu, yang menambahkan lagi pening kepalanya. Nur Asyikin terpaksa menelan setiap karenah si ibu yang tidak mahu menerima hakikat, si kakak yang sering membuat olah dan si adik yang sering membuat onar. Akhirnya diri sendiri yang sengsara menahan rasa hati.

     

    Bagaimana nasib mereka yang ditinggalkan?? Bagaimana kesudahan kisah cinta Nur Asyikin?? Siapa yang berjaya menghuni hati Nur Asyikin setelah hatinya digores luka?? Semuanya ada dalam novel ini.

     

    Membaca Kasih Antara Kita (KAK), mengingatkan aku pada si Raihah & Zahin dalam Rinduku Di Angin Lalu. Mungkin hanya kerana persamaan mereka, yang datangnya dari bumi Singa itu.?? Ya itu yang pastinya.! Apa yang aku suka dengan karya Norisah ini adalah kisah yang dipaparkan. Sebuah kisah masyarakat yang boleh dijadikan panduan serta peringatan buat kita. Sementelah pula aku tidak menghadapi sebarang masalah dengan lenggok bahasa si pengarangnya. Bahasa yang mudah dicerna oleh akal aku yang pendek ini.

     

    Ia berkisah tentang kehidupan segelintir masyarakat Melayu di Singapura. Memberikan aku gambaran secara ringkas tentang cara hidup masyarakat melayu di bumi Temasik itu. Hidup berhimpit di rumah flat yang keluasannya amat terhad bersama ahli keluarga – ibu bapa, adik beradik & ipar – dapat aku bayangkan bagaimana rasanya!! Sesak dan padat sama ada secara fizikal mahupun secara mental.

     

    Penulis berjaya membawa aku menyelusur perjalanan hidup Nur Asyikin. Membawa aku menyelami masalah demi masalah yang membebani Nur Asyikin. Bahkan aku turut sama merasai konflik yang melanda Nur Asyikin, sama ada dalam perhubungannya dengan kaum keluarga, teman sepejabat mahupun jiran tetangga.

     

    Kisah tentang kepincangan yang berlaku dalam keluarga Nur Asyikin sedikit sebanyak meletakkan Nur Asyikin dalam dilema. Merubah pandangan Nur Asyikin akan makna cinta, bahkan aku turut sama merasakan tempiasnya apabila si adik yang lebih dahulu naik pelamin. Dapat aku bayangkan pandangan sinis berbaur pertanyaan yang dilemparkan pada Nur Asyikin yang masih lagi sendiri.

     

    Juga diselitkan kisah tentang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang meletakkan harta dan wang ringgit melebihi cintanya pada agama. Aduh! betapa rendahnya nilai agama apabila cinta mengatasi segalanya. Sedih sungguh!!

     

    Cumanya kadang-kala aku jadi 'lelah' dengan Nur Asyikin dan Ahmad Zakuan yang umpama main tarik tali. Mereka terlalu banyak memendam rasa, membuatkan aku geram!! Geram pada Nur Asyikin yang tidak mahu berterus terang. Geram pada Ahmad Zakuan yang buat endah tak endah padahal dalam hatinya ada rasa cinta buat si gadis. Pendek kata aku geramlah!! kalau nak tu cakap jer nak… abis cerita!! ahaks brutalnya aku.

     

    Pendek kata KAK adalah adunan tentang nilai kasih antara ibu & ayah, kasih antara saudara (adik beradik), kasih antara teman dan kasih antara kekasih. Ia adalah jalinan kasih sayang sesama insan. Umpama adunan kek coklat yang sangat lazat. Cukup bahan, tepat adunan, ditambah rasa yang sedap!!

     

    Bravo Nor ash!! buah tangan yang tidak menghampakan aku!!

     

    Posted at 09:49 am by wanAmalyn

    Posted at 09:37 pm by norashburn
    Comments (2)  

    Jul 23, 2008
    REVIEW # 3 KASIH ANTARA KITA OLEH APRILSNOW

    Photobucket

    Penulis : Norisah A. Bakar
    Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
    Harga : RM26.90
    Halaman : 584 Mukasurat
    Genre : Romantik Drama.
     * * * *
    1/2
     ------------------------------------------------------------------------------
    "Tapi kalau saya nak cari calon isteri saya tak boleh pandang pada paras rupa saja…"
    "Jadi apa yang awak cari Zakuan?Apa yang awak harapkan daripada seorang perempuan yang ingin awak jadikan isteri?"
    " Tak banyak Syikin.Cukup jika dia dapat menyenangkan mata dan hati saya terhadapnya…"


    Apa Kata Saya

    Richard Bach pernah melahirkan kata-kata ini " if you love someone, set them free, if they come back they're yours; if they don't they never were." Inilah initipati yang dapat menggambarkan watak Nur Asyikin/Syikin, si peneraju utama kisah ini. Saya cukup menggagumi Syikin, sekaligus menggagumi cara penulis membina watak dan perwatakan Syikin yang cukup istimewa…walau secara hakikatnya dia cuma seorang gadis yang sederhana serba-serbinya, namun keistimewaannya berjaya diserlahkan penulis hingga dirinya mengundang perebutan 3 jejaka; Zulkarnain, Nizam, Ahmad Zakuan…hebatnya Syikin.

    Ini kisah tentang perempuan dan konflik kehidupan yang digarap dengan sisipan unsur estetika dan artistiknya. Kisah yang berpaksikan dengan tema dan falsafah cinta. Dari sudut pandangan, mungkin akan wujud perbezaan dengan apa yang saya tulis dengan pandangan anda di luar sana, apa-apapun bagi saya ia tidak lebih dari bagaimana sesebuah kerangka cerita itu ditulis dan bagaimana setelah proses suntingan, ia dipersembahkan kepada kita. Akan wujud pelbagai cetusan rasa, itu normal kerana naratif sesebuah kisah akan mengundang elemen-elemen reaksi pembaca yang pelbagai dan penilaian yang subjektif rupa bentuknya.

    Struktur plotnya digarap dengan elemen emosi nan cantik serta dramatik dari awal hingga lah ke penghujung cerita. Itulah momentumnya. Kita juga akan turut terkesan dengan perjalanan kisah watak-wataknya juga konflik yang tercetus di sepanjang tempoh penceritaan ini. Keberkesanan ini bertitik tolak dari kecemerlang penulis membangunkan watak-watak dengan penuh emosi dan mereka digerakkan pula dengan penuh rasa emosi seorang manusia.

    Kisah ini banyak mengadunkan adegan-adegan kehidupan manusia yang dicipta secara konvensional. Ia bersesuaian dengan latar cerita yang mengadaptasi kehidupan masyarakat kelas sederhana yang berlokasikan Negara Singapura. Walau latarnya bukan di sini, saya turut terkesan dengan penaan penulis yang cukup menghalusi permasalahan golongan ini. Dari soal rumah yang sempit dan terpaksa hidup berhimpit, hidup berhutang dari keperluan harian hingga ke majlis kahwin. Namun yang tidak kurang mengujakan saya adalah persoalan perkahwinan sivil antara 2 individu berlainan anutan agama yang disentuh penulis. Walau ia bukan fokus utama penceritaan, isu ini penting untuk renungan pembaca.

    Bagaimanakah rupa, sifat, warna, bau, bentuk mahupun dalam cara apa cinta itu berfungsi?Hingga kini ia masih misteri. Cinta itu adakalanya indah dan menyakitkan pada waktu yang sama. Ia juga mungkin membuatkan seseorang menunggu bertahun lamanya tanpa sebab dan hanya berbekalkan harapan. Cinta boleh menyembuhkan jiwa mereka yang perit menanggung kesedihan, kekecewaan dan kepedihan.

    Bagi anda yang gemarkan genre sebegini maka jangan lepaskan peluang memiliki naskhah terbaru penulis dari Pulau Temasik ini. Kasih Antara Kita nukilan terbaru Norisah ini sangat sarat dengan emosi nan melankolik intinya namun saya amat menggemari kisah ini…amat-amat menggemarinya.Sungguh!!!.

    Buat penulis, sekalung tahniah dari saya…seperti juga dua naskhah terdahulu anda yang telah saya baca, anda telah meletakkan wanita di suatu kedudukan yang cukup istimewa sekali. Semoga terus cemerlang berkarya di masa hadapan.


    Kisahnya…

    Nur Asyikin/Syikin, gadis sederhana yang punya ibu yang agak memandang kebendaan sebagai kunci utama kebahagian hidup, justeru itu kakaknya Nur Amira dan adiknya Nur Suraya ditatang kerna berjaya mendapatkan teman hidup yang memenuhi syarat ibu mereka. Berbeza dengan ayahnya yang tidak memandang faktor itu sebagai pencetus bahagia, ia sering menjadi punca perbalahan ibu bapa Syikin hingga akhirnya menjadi anatara sebab kematian ayahnya.

    Syikin nan sederhana menaruh harapan pada teman sepejabat, Zulkarnain yang lebih sedikit kedudukannya namun bila Zulkarnain cuba mengelakkan diri setelah dapat menghidu rasa tersebut, Syikin merasa cukup terpukul dan malu yang bukan kepalang. Lebih parah bila terdengar desas-desus hubungan Zulkarnain dengan Hartinah, staff baru yang lebih menawan, Syikin merasakan itulah sebab utama dirinya dijauhi. Malu dan sedih saling bertingkah dalam diri.Bila Zulkarnain berangkat untuk menyambung pelajaran ke luar negara dan langsung tidak menghubunginya, Syikin mengandaikan itulah isyarat yang diberi bahawa dia bukan calon yang layak buat sang jejaka.Tanpa disedari, Nizam rakan sepejabat juga teman akrab Zulkarnain yang kecewa dengan perbuatannya terhadap Syikin cuba mendekati Syikin. Dia yang menyintai Syikin dalam diam cuba mengambil tempat Zulkarnain di hati Syikin, tapi tidak diterima Syikin yang masih terasa dengan perbuatan Zulkarnain. Ketika hati sedang parah, kemunculan Ahmad Zakuan bagaikan cahaya buat Syikin.

    Ahmad Zakuan, jiran Syikin yang pernah menaruh hati pada adik Syikin , Nur Suraya/Yaya yang terkenal cantik dan lincah. Ahmad Zakuan/Zakuan yang sering bertukar-tukar kerja dulunya sekarang bekerja sebagai pekerja pembersihan di pejabat Syikin. Gambaran perwatakan Zakuan yang agak pendiam, misteri, adakala cukup sinis dan menjengkelkan cukup memikat sekali…pembaca akan turut berdebar untuk mengetahui siapa sebenarnya Zakuan.

    Walau status pekerjaan Zakuan begitu, Syikin tidak membataskan hubungan antara mereka, dia tetap menghormati Zakuan dan kerap keluar makan bersama Zakuan dan pekerjanya Umar malah turut menumpang van pekerja yang dipandu Zakuan untuk pulang.Hakikat nya Syikin tidak memandang rendah pekerjaan Zakuan namun dia tetap tidak mahu ibunya mengetahui persahabatan tersebut lantaran sikap ibunya. Dia tidak mahu Zakuan dicemuh dan dihina lantaran kedua-dua adik dan kakaknya berjaya berkahwin dengan pemuda yang berkerjaya bagus dan berharta.Namun bila perkahwinan kedua-duanya gagal, ditambah dengan sikap tidak bertanggungjawab kedua-dua menantu kebanggaannya itu, sikap ibunya mula berubah. Zakuan mula dipandang dan punya tempat dihati ibu Syikin.

    Di kejauhan, Zulkarnain mula menyedari perasaannya terhadap Syikin, kecewa dengan sikap kurang matang dirinya, Zulkarnain bertekad untuk memohon maaf dan menyambung kasih mereka bila pulang bercuti. Kepulangan yang mengejutkan Syikin namun tidak sesekali mengubah pendirian hatinya yang sudah remuk diperlakukan Zulkarnain. Nizam yang serba salah cuba memberi peluang Zulkarnain memikat Syikin semula, tapi sayang, hati Syikin tika ini sudah sarat dengan nama jejaka lain….Ahmad Zakuan. Lamaran Zulkarnain ditolak Syikin lantaran perasaannya sudah tiada terhadap jejaka tersebut. Begitu juga lamaran Nizam yang hanya dianggap kawan, juga ditolak…walau sedih dia dipulaukan Nizam lantaran penolakan itu, Syikin reda kerana dia tidak dapat membohongi diri dan hatinya bahawa hanya seorang sahaja yang diingini menghuni hatinya…Zakuan.

    Syikin mengetahui Nizam cemburukan Zakuan malah tidak dapat menerima hakikat ditewaskan oleh seorang pekerja pembersihan, namun bagi Syikin, Zakuan lah seorang lelaki yang boleh disandarkan harapan dan rasa. Tika dia memerlukan, Zakuan ada disisi menghulurkan tangan. Malahan Syikin mengetahui dia tidak bertepuk sebelah tangan, kiasan Zakuan cukup mengundang senyum dan silu di hati Syikin. Layanan dan keprihatian Zakuan cukup membuatkan kasihnya tertumpah pada jejaka tersebut.

    Bila latar dan kedudukan Zakuan terbongkar, Syikin cukup terpukul, rasa sedih yang tidak sedikit bila dia ditipu hanya kerna Zakuan ingin menguji keikhlasan cinta dan kasihnya. Zakuan yang rasa bersalah cuba memujuk lantaran lamaran buat sang kekasih hati dibiar sepi akibat kesilapan diri. Pengakuan Zakuan nan tulus buat sang kekasih pujaan mencairkan kekerasan hati Syikin. Bila rasa dan cinta bersatu, rahsia bukan lagi satu rahsia.

    Selamat menghayati kisah yang cukup beremosi dan indah ini.



    Posted at 08:35 pm by norashburn
    Make a comment  

    Jul 22, 2008
    REVIEW #2 KASIH ANTARA KITA OLEH NORABELLA

    Saturday, July 19, 2008

    Review - Kasih antara Kita


     
    Novel ini banyak mengisahkan beberapa kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling kita khususnya di Singapura. Nur Asyikin, seorang gadis yang memendam rasa cinta terhadap Zulkarnain yang akhirnya merasa hampa kerana lelaki itu tidak mencintainya. Lantas, Nur Asyikin merasa sangat serik untuk mempercayai cinta seorang lelaki. Mentelah lagi sikap ibunya yang mementing kebendaan, pangkat dan kedudukan dalam memilih calun menantu membuat Nur Asyikin lebih tertekan. Banyak sungguh watak-watak yang terasa amat dekat di hati. Terutama watak Zakuan yang kacak tetapi bersikap dingin...sedingin salju....kerana kecewa ditolak cinta oleh adik Nur Asyikin sendiri.
    Zakuan - wataknya mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah dekat dihati. Caranya..gayanya...aduhai. Penulis berjaya mewujudkan beberapa watak yang begitu hidup dengan nyata di alam sekeliling kita. Watak Jamil, watak ibunya, watak ibu Nur Asyikin sendiri yang sanggup berhabisan dan berhutang untuk menjayakan majlis kahwin anaknya dengan gah dan gemilang.
    Novel ini adalah antara yang terbaik dari Norisah dan aku bercakap bukan kerana mengenal penulis nya...malahan ketika membaca, aku bayangkan yang aku tidak pernah mengenal penulis itu sendiri dan memikirkan bagaimana penulis ini mendapat idea serta plot yang sebegini rumit....dan satu yang pasti gaya cerita dan bahasa nya lebih mantap dan kemas dari yang terdahulu. Syabas Norisah...***** dari saya.
    Teruskan berkarya....psst...lepas lontong dan lopis....apa lagi eh???

     

    Posted at 03:06 pm by norashburn
    Make a comment  

    Jul 7, 2008
    REVIEW #1 KASIH ANTARA KITA OLEH NURUL AIN

    Thursday, July 3, 2008

    KASIH ANTARA KITA BY NORISAH A. BAKAR

     

     
    Hanya dengan satu malam sahaja aku dapat menyudahkan membaca Kasih Antara Kita.... hanya satu sahaja dapat kukatakan...AKU SUKA BANGAT DENGAN CERITA INI....tidak seperti kisah cinta yang lain....mungkin ada sedikit persamaan antara aku dan Nur Asyikin...dan Zulkarnain seperti "dia".... aku suka dengan susunan cerita ini...sepertimana aku sukakan karyanya sebelum ini....Rindu di Angin Lalu....tidak meleret-leret...cerita yang ditonjolkan seperti cerita sebenar ... yang tidak menampakkan unsur-unsur berangan je lebih...semuanya nampak logik....mula membaca...aku marah dengan watak Zulkarnain...kenapa yer aku marah sangat...mungkin jiwa "dia" ada disitu...aku jadi terlalu emosi....tapi...aku jadi suka bila Ahmad Zakuan muncul...aura Ahmad Zakuan dan Nur Asyikin seakan-akan meresap ke dalam jiwa aku (ceh...terlebih emosi plak yer).... hanya dengan Ahmad Zakuan menyebut "Syikin" sahaja aku boleh tersenyum sorang-sorang...kalau orang tengok mungkin cakap aku gila....aku suka part Ahmad Zakuan dan Nur Asyikin setiap kali mereka keluar makan bersama...cara cemburu yang ditunjukkan oleh Ahmad Zakuan... nampak matang..sematang gambaran yang diberikan oleh penulis... Ahmad Zakuan seorang yang romantik tapi dengan caranya tersendiri...bukannya dengan meberi bunga atau apa sahaja yang boleh mencairkan hati wanita...tapi dengan cara dia menunggu Nur Asyikin...merenung Nur Asyikin...bisa sahaja mendebarkan hati Nur Asyikin...Adusss..nanti aku gambarkan lagi kisah mereka...untuk pembacaan kali yang kedua dan seterusnya....
    TAHNIAH BUAT PENULIS....aku tunggu Kak Wan Amalyn untuk memberi pendapatnya mengenai cerita ini.....kak wan pandai lagi menulis...:D

     

    Posted at 01:40 am by norashburn
    Make a comment  

    Jun 17, 2008
    KASIH ANTARA KITA ( 2008 )

    ** ^ **

    Blurb:

    Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik dihati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakan daya hembusan angin yang lembut tidak menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua telah memisahkanya. Nur Asyikin pula berdepan dengan berbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.

    Ahmad Zakuan lelaki yang kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya berbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yang menjadi dambaannya itu?. Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan cinta antara mereka yang mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin.  Doakanlah penyatuan mereka itu. 

    Posted at 10:50 pm by norashburn
    Make a comment  

    May 9, 2008
    ULASAN NOVEL TAKDIR

    Tajuk         : Takdir

    Penulis      : Norisah A. Bakar

    Penerbit     : Pustaka Nasional

    Pemenang Anugerah Sayembara Novel Watan 2

     

    Ulasanku…

     

    Aku suka novel ni, gaya bahasa dan jalan cerita mudah untuk difahami. Penulis membawa kita untuk menyelami nasib seorang gadis yang bernama Hanani, yang hidupnya penuh dengan tanda tanya. Cerita ni lain dari yang lain. Selalunya novel-novel cerita tentang kisah cinta tapi dalam novel ni kuranglah sikit tentang cinta tu. Ia lebih kepada kekeluargaan. Untuk yang biasa baca kisah-kisah cinta, mungkin bosan la sikit baca buku ni tapi bagi aku okey, selagi aku boleh menjiwai watak-watak dalam cerita tu, tak kisahlah temanya apa, cinta atau keluarga. 3 bintang. 


    Posted at 12:12 am by jihan
    luahan untuk peminat novel  

    Posted at 01:38 am by norashburn
    Make a comment  

    Apr 15, 2008
    Karya-karya Norisah A. Bakar


    Takdir (2004)
    terbitan Pustaka Nasional Singapura
    Anugerah Penghargaan - Sayembara Novel Watan 2



    Sebuah novel yang menarik merupakan teka-teki buat para pembaca berliku dalam suspens dari awal hingga ke akhirnya.  Kerana cemburukan Rauf dan Jamilah, Ambri langsung meninggalkan isterinya yang menyebabkan Jamilah meninggal dunia setelah melahirkan Hanani.  Hanani kemudian diserahkan kepada Rauf untuk dibela dan diperliharanya, padahal kehadiran Hanani dalam rumah Rauf tidak pernah disenangi oleh isterinya, Enon.  Sebab itu Hanani terus hidup tersisih tanpa mengetahui akan perkara sebenar mengenai dirinya.

    Tanpa pengetahuan Hanani, dia telah ditunangkan dengan Anuar, anak saudara Rauf semasa dia masih kecil lagi.  Tetapi pertunangan itu tidak dipersetujui oleh Anuar sendiri yang terdorong ingin membina kerjaya serta memperbaiki kehidupannya sekeluarga.  Namun setelah 10 tahun berada di luar negari, Anuar kembali akhirnya untuk memenuhi kewajibannya terhadap diri Hanani.  Cuma kepulangannya kali ini tidak disenangi Danial yang secara diam-diam telah menyimpan hasrat cinta terhadap adik angkatnya itu.

    Kini mulalah saat-saat tegang di mana semua rahsia masa silam terungkai satu persatu.  Dan pertemuan Anuar dengan Khalid yang mulai rapat dengan Hanani telah mendorong Ambri untuk menampilkan dirinya semula setelah lebih 20 tahun menghilangkan diri. 



    Rinduku Di Angin Lalu (2005)
    terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)




    Aku mencintai...  menyayangimu dengan sepenuh hatiku.  Namun menerima khabar yang dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi?  Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pada sahabat yang telah mengkhianati erti persahabatan sejati?  Atau mencari gadis lain yang lebih baik... yang setia dan mampu memberikan aku cinta yang suci.  Yang kini berada di hadapan mata... yang saban waktu dapat kuintai hatinya...  yang saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam.  Kenapa harus menafikan hati sendiri?  Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yang datang bertandang?  Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalam menentukan pilihan... kerana 'cinta' datangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang.  Kerana kuasa 'cinta' mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dengan dalam.

    Lalu Zahin beralih sayang... dia tidak perlu mengecewakan Raihah, kekasihnya hanya kerana cinta silam yang tidak kesampaian.  Dia perlu berpijak di bumi nyata...  Marini bukan miliknya lagi.  Walau Marini meninggalkannya dengan seribu cerita yang menyedihkan...  walau Marini telah dimiliki lelaki yang bergelar suami.  Lalu perlukah direbut kisah silam yang telah menjadi sejarah?  Kerana sejarah hanya untuk dikenang, bukan untuk diulang.  Walau sesekali dia begitu rindu untuk menjejak memori cinta yang pernah mereka ciptakan bersama.  Dan yang sesekali itu... dia bagai tidak mampu untuk menghindarinya....



    Hati Seorang Wanita (2007)
    terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
    Novel Terbaik Cesb 2007 - Tempat kedua




    Nur Asyidah

    Bagaimana aku dapat mencintaimu sedang hatiku terluka?  Bagaimana aku dapat hidup bersamamu sedang perasaanku sering lara?  Hidupku tiada indah, Ikmal Razif.  Mungkin bahagia itu bukan milikku.  Hanya untaian duka yang sering menjengah dan hatiku pun gundah...

    Ikmal Razif

    Nur Asyidah...  jangan kau simpan kesumat dendam.  Usah kau himpun rajuk tak terpujuk.  Kelak merosak diri.  Lontarkan ia ke dasar yang paling dalam.  Cintaku tulus dan suci, ingin menyeri hatimu yang selama ini sunyi...


     

    Posted at 05:27 am by norashburn
    Make a comment